top of page

AMK Ampang anjur sambutan bulan kemerdekaan



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ampang bersama Pertubuhan Pembangunan Intelektual Insan (PPII) menganjurkan sambutan bulan kemerdekaan di Pangsapuri Ampang Saujana, Ampang baru-baru ini.


Program tersebut turut mengundang wakil dari Jabatan Bomba dan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk menyampaikan taklimat keselamatan dan kesedaran sivik kepada penduduk.

Penyelaras AMK Ampang Awalluddin Shariff berucap

Selain ucapan dari Penyelaras AMK Ampang, Awalluddin Shariff.


Menurut aktivis AMK Ampang yang juga Setiausaha PPII, Faizul Zaiful Yazan, program itu berjaya mengeratkan hubungan siratulrahim antara penduduk, ahli polilik setempat dan jabatan kerajaan bagi meningkatkan kualiti persekitaran dalam kejiranan.


"Dengan bertemakan Malaysia Prihatin, AMK Ampang mengambil inisiatif ke arah menjayakan program-program kemasyarakatan.


"AMK Ampang berharap program berkenaan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada penduduk Lembah Jaya dalam bersama-sama meraikan kemerdekaan pada tahun ini dengan penuh semangat patriotik," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Faizul lagi, program itu juga diselangi aktiviti santai bagi warga Pangsapuri Ampang Saujana seperti Jualan Murah Ikan dan Ayam serta Pertandingan Mewarna Kanak-kanak yang mendapat sambutan hangat.


Selain kempen menaikkan jalur gemilang sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-63.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page