AMK Ampang ambil pendekatan inklusif, libat semua jawatankuasa dipilih
- Suara Keadilan
- Jun 22
- 2 min read

Angkatan Muda KEADILAN Cabang Ampang, Selangor mengambil pendekatan inklusif dengan melibatkan semua ahli jawatankuasa yang dipilih akar umbi dalam pelantikan hierarki AMK cabang.
Menurut Ketua AMK Ampang, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar), pendekatan itu merupakan yang terbaik diambil dalam memastikan AMK cabang bergerak secara bersatu padu terutama dalam membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Mesyuarat pertama AMK Cabang Ampang pasca pemilihan telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini. Dalam mesyuarat tersebut, kami telah mengambil pendekatan inklusif dengan melibatkan semua jawatankuasa yang telah dipilih oleh ahli akar umbi.
"Pelbagai pandangan dan cadangan telah dikemukakan dan dibincangkan secara terbuka, sekaligus membolehkan kami mencapai kata sepakat dalam menyusun hala tuju dan strategi organisasi ke hadapan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Iman Haziq lagi, beberapa langkah awal telah diambil untuk melengkapkan struktur organisasi AMK Ampang agar selari dengan matlamat parti dan keperluan semasa.
Pelantikan jawatankuasa itu juga, katanya, dibuat dengan penuh pertimbangan mengambil kira kebolehan, pengalaman serta komitmen individu-individu yang telah lama berjuang bersama sayap pemuda.
"Ini adalah satu kepercayaan yang besar, dan saya yakin bahawa setiap yang telah diberi amanah mampu menggalas tanggungjawab ini dengan penuh integriti dan dedikasi," ujarnya.
Tambah beliau, dengan semangat solidariti dan kesatuan yang tinggi AMK Cabang Ampang akan bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh dalam mendekati anak muda di peringkat cabang, seterusnya memantapkan jentera AMK menjelang pilihanraya.
"Matlamat utama kami adalah memastikan AMK Cabang Ampang menjadi antara sayap parti yang paling aktif, progresif dan berpengaruh di Negeri Selangor.
"Kami juga menyeru semua anggota dan penyokong untuk terus memberikan sokongan, menyumbang idea serta berganding bahu dalam menjayakan visi dan misi perjuangan parti," Iman Haziq lagi.
Berikut senarai Jawatankuasa Angkatan Muda KEADILAN Cabang Ampang 2025-2028:
Ketua: Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi
Timbalan Ketua: Muhammad Farid Nakip
Naib Ketua: Muhd Arif Ilias
Naib Ketua: Muhammad Fahmi Azman
Naib Ketua: Muhammad Sahrih Behri
Setiausaha: Nadhirah Farhanah Zahar
Bendahari: Haziq Farhan Mohd Helmy Rizal
Setiausaha Pengelola: Mohd Abdul Syafiq Mohd Yusof
Setiausaha Kerja: Muhammad Jihadi Mohd Mokhtar
Ketua Penerangan: Ahmad Nazreen Shah Ahmad Nazib
Pengarah Komunikasi: Khairul Adam Zhafri Khairul Anuar
Pengarah Strategi: Muhammad Syafiq Mohammad Noor
Ketua Skuad: Mar Tamili Marlis
Comments