top of page

Amirudin ketuai delegasi ke SelectUSA Investment 2023



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan mengetuai delegasi 11 syarikat pemula niaga teknologi Malaysia ke acara sidang kemuncak pelaburan di Amerika Syarikat (AS) pada Mei ini.

Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berkata, syarikat pemula niaga tersebut dipilih menyertai Sidang Kemuncak SelectUSA Investment 2023 yang dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan AS, di Maryland, bermula 1-4 Mei.


"Mereka akan diiringi oleh beberapa agensi pelaburan dan dana modal teroka seperti Penjana Kapital, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), The Hive Southeast Asia, The SEA Capital dan Sterling Equity," kata perbadanan itu dalam satu kenyataan.


Sidec turut memaklumkan delegasi akan turut menyertai beberapa sesi pembentangan idea yang akan diadakan buat kali pertamanya di Kedutaan Malaysia di Washington, D.C.


"Sesi pembentangan idea itu telahpun penuh ditempah dengan lebih 100 tetamu mengesahkan kehadiran mereka," katanya.


Sidang Kemuncak SelectUSA Investment Summit itu yang akan dirasmikan oleh Presiden AS Joe Biden dan dijangka menyediakan peluang kepada pemula niaga teknologi Malaysia untuk bertemu dengan pelabur dan syarikat modal teroka antarabangsa serta rakan perniagaan berpotensi menerusi pertemuan perniagaan bersemuka.


11 syarikat pemula niaga yang terpilih menyertai delegasi Menteri Besar itu ialah Asia Mobility Technologies, iMotorbike, ALPS Global Holding, Virtualtech Frontier, Boxcube, Entomal, Revenue Monster Group, QMed, Accendo Technologies, Kiddocare dan Pod yang terlibat dalam bidang antaranya pengangkutan pintar, metaverse, penjagaan kesihatan pintar, bioteknologi, platform ekonomi gig, inovasi kemampanan ESG, teknologi sumber manusia, teknologi kewangan dan pelancongan.


Dalam kenyataan sama, perbadanan itu turut memaklumkan Amirudin dan Exco bagi Industri dan Perdagangan Selangor Datuk Teng Chang Khim juga akan menyertai mesyuarat meja bulat pelaburan yang dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan AS dan pejabat Gabenor California.

Selepas menyertai sesi pembentangan idea di Washington DC dan Maryland, mereka akan berkunjung ke Silicon Valley bermula 4 Mei untuk bertemu dengan beberapa pemula niaga asing dan syarikat modal teroka yang telahpun mempunyai nama yang kukuh di AS.


"Antara program yang disusun termasuklah sesi pembentangan idea dan pameran, mesyuarat meja bulat pelabur dan lawatan industri termasuk ke Draper University yang diasaskan oleh tokoh terkemuka pemodal teroka Silicon Valley, Tim Draper.


"Mereka akan menyertai perbincangan meja bulat dengan 500 Global, satu daripada dana modal teroka peringkat awal paling aktif, dan modal teroka lain seperti The Hive USA, March Capital dan Piva Capital," kata kenyataan itu lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page