top of page

Aminuddin umum bonus satu setengah bulan gaji penjawat awam N Sembilan



Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada 6,662 orang penjawat awam di negeri itu


Pengumuman itu dibuat Aminuddin pada membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan pada Jumaat.


Jelasnya, BKK itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Kerajaan Negeri kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.


Tambahnya, bonus berkenaan akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada hujung Februari dan hujung Mac 2024.


"Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi," katanya.


Belanjawan bertemakan 'Bersama Membina Negeri MADANI' yang dibentangkan Aminuddin berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.


Ia berpandukan sembilan teras dalam Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan dan Skim Sejahtera Rakyat merangkumi ekonomi, pelaburan serta infastruktur; pendidikan dan modal insan; kesejahteraan rakyat serta pertanian.


"Ini merupakan belanjawan pertama selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan pada Ogos lepas. Kita tekad jadikan Negeri Sembilan sebagai model negeri maju, bersatu padu, bertamadun, serta kehidupan rakyat aman dan sejahtera," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page