'Ambil vaksin demi keluarga, sukarelawan, masyarakat' - Akmal Nasir



Rakyat Malaysia digesa segera mendaftarkan diri ke dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan demi kesejahteraan negara secara keseluruhan.


Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkata, vaksin bukan sahaja untuk melindungi diri seseorang tetapi juga mencegah jangkitan kepada keluarga, rakan-rakan dan persekitaran.


"Alhamdulillah giliran saya menerima vaksin hari ini di Johor Bahru.


"Tarikh suntikan diberikan oleh pejabat kesihatan daerah.


"Saya dengan rela hati menerimanya demi keluarga, sukarelawan, rakan-rakan dan masyarakat," katanya.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia itu lagi, rakyat perlu merebut peluang untuk segera mendapatkan vaksin dengan kemudahan pendaftaran yang disediakan oleh kerajaan termasuk di pusat khidmat Parlimen KEADILAN Johor bahru.


"Insyallah, Parlimen Johor Bahru akan membantu mereka yang belum daftar untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin sama ada dengan hadir ke Pusat Khidmat atau kaunter-kaunter bergerak kami," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER