top of page

Ambil tindakan terhadap penyerang rider halang jual petrol bersubsidi



Kerajaan digesa segera mengambil tindakan terhadap serangan yang dilakukan oleh dua warganegara asing terhadap seorang penghantar barang (rider) daripada sebuah syarikat khidmat penghantaran terkemuka.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Bryan Ng Yih Miin, serangan seperti itu wajar dikenakan hukuman setimpal kepada pelakunya agar kejadian sama tidak berulang lagi.


"Pada 23 Jun, kami telah membuat laporan polis mengenai insiden ini. Kami berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang.


"Berdasarkan Seksyen 351 Kanun Keseksaan, tindakan serangan dengan membuat isyarat dan melalui perkataan untuk menggunakan kekerasan terhadap individu adalah satu kesalahan yang serius.


"Kami menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap kedua-dua lelaki warganegara asing yang terlibat dalam insiden ini, selaras dengan undang undang yang berkuatkuasa," katanya yang juga Penasihat Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) semalam, selepas mengiringi mangsa serangan membuat laporan polis.

Bryan Ng Yih Miin

Selain itu, Bryan Ng juga menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang sesuai terhadap pemilik stesen minyak yang terlibat dalam menjual petrol bersubsidi kepada warganegara Singapura yang menjadi punca kepada insiden terbabit.


"Kami menggesa pihak Kerajaan untuk menjalankan penguatkuasaan dengan lebih tegas terhadap jualan haram petrol subsidi kepada warga asing, yang telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada negara ini," katanya.


Mengulas berkenaan akaun penghantar barang itu yang telah digantung oleh syarikat penghantaran kerana aksi yang dilakukan beliau, Bryan Ng menyatakan rasa kecewa kerana tindakan tersebut diambil sebelum siasatan rapi dijalankan.


"Kami menyatakan kekecewaan kami terhadap tindakan syarikat penghantaran tersebut yang mengantungkan akaun penghantar sebelum menjalankan siasatan. Kami berpendapat tindakan ini adalah salah dan melebihi batasan.


"Sebaliknya, akaun hendaklah digantung hanya setelah penemuan kesalahan didapati selepas siasatan, sesuai dengan prinsip keadilan dan hak individu yang dijamin oleh undang-undang.


"Kami menyeru Pihak Syarikat Penghantar tersebut memberikan pampasan pendapatan yang sewajarnya kepada penghantar yang terkesan tersebut bagi menggantikan kerugian pendapatan yang dialami semasa akaunnya digantungkan secara tidak sah," katanya lagi.


Dalam kenyataan itu juga, pemimpin AMK itu menghargai keberanian penghantar barang berkenaan berhadapan dua warganegara asing yang sedang membeli petrol bersubsidi secara haram.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page