top of page

Ambil tindakan segera tangani masalah pemilikan rumah - Zahir



Masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat yang berlarutan memerlukan kerajaan melakukan tindakan lebih radikal.


Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, terdapat 1.29 juta isi rumah di Malaysia ketika ini yang tidak memiliki rumah manakala terdapat lebih 96,000 rumah siap dan sedang dalam pembinaan tetapi masih belum terjual.


"Hal ini perlu diambil kira bahawa terdapat juga masalah tidak sepadan (mismatch) di antara jenis unit rumah yang dibina dengan permintaan dari pembeli.


"Saya turut mendapat maklumat terdapat 550 projek perumahan sakit dan terbengkalai di seluruh negara, dan ini pasti memberi kesan yang besar serta membebankan pembeli rumah yang terjejas.


"Sebagai contoh satu projek rumah mampu milik di Wangsa Maju yang hampir tiada kemajuan ketara manakala tarikh siap projek sering dilanjutkan," katanya ketika menyokong usul Yang Dipertua Agong terhadap isu pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia di Dewan Rakyat.


Dalam isu projek perumahan terbengkalai, kata Zahir, banyak pembeli yang merungut terpaksa membayar pinjaman bank sedangkan mereka telah membeli rumah.


"Pembeli ini kebanyakannya merupakan orang muda dan first time house buyer. Pihak bank pula sudah menuntut pembayaran pinjaman, sedangkan dalam masa sama pembeli terpaksa terus membayar sewa rumah yang mereka diami.


"Saya menyeru tindakan segera oleh kerajaan dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya dan menggunakan political will untuk menangani masalah ini," katanya.


Zahir berharap Kerajaan Perpaduan memastikan setiap keluarga di Malaysia mempunyai akses kepada rumah yang selesa dan selamat serta tidak membebankan pengguna pada masa hadapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page