Tohmahan demi tohmahan terhadap agenda Malaysia Madani yang dibawa Kerajaan Perpaduan sehingga ke tahap membodohkan rakyat dan fitnah melampau seharusnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Wakil pembahas negeri Perlis Nor Azam Karap berkata demikian dalam ucapan menyokong usul presiden tengah hari ini.
"Malaysia Madani merupakan ramuan yang cukup sedap, elok tetapi ada segelintir pemimpin pembangkang tak tau pasal apa sakit hati dengan Malaysia Madani. Terlalu banyak naratif yang mereka bawa seolah olah menjadi agenda pembodohan kepada rakyat.
"Saya minta yang amat berhormat Presiden dan Setiausaha Agung, kita tengok apa sahaja peruntukan undang undang yang boleh diguna pakai untuk ambil tindakan kepada pemimpin pembangkang yang boleh mengancam ketenteraman awam.
"Kita menentang segelintir pembangkang bukan sebab benci mereka tetapi naratif yang mereka bawa menyebabkan kita terkebelakang, terutamanya anak anak muda," kata Nor Azam.
Dalam pada itu, beliau juga menyarankan agar anggota bawahan di negeri yang akan mengadakan pilihanraya untuk segera berkomunikasi dengan pimpinan parti agar sebarang program ke arah persiapan pilihanraya boleh disegerakan.
"Kita sebagai anggota parti di 6 negeri perlu ambil peluang. Ada kekangan dari pimpinan yang menjawat jawatan penting menteri dan sebagainya.
"Namun kita juga perlu berkomunikasi dengan anggota pimpinan yang tidak ada jawatan dan boleh berhubung dengan mereka. Cuba dapatkan nasihat mereka. Panggil mereka, mereka masa nak bertanding cari kita. InshaAllah boleh cari mereka yang berkelapangan bantu kita di 6 negeri," katanya lagi.
Comments