top of page

Amaran kepada kerajaan Pahang: Jangan jadikan rakyat mangsa banjir


KEADILAN Negeri Pahang memberikan amaran kepada kerajaan negeri agar tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa banjir dengan kerakusan segelintir beberapa pihak yang mahu mengaut keuntungan.


Ketua Komunikasi KEADILAN Negeri Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, musibah banjir yang sedang melanda negeri ini banyak dipaparkan bagaimana kayu-kayu balak bertaburan dihanyut air sehinggakan berlonggok di sungai-sungai.


Katanya, ia menambahkan lagi kesan buruk akibat banjir apabila aliran sungai tersekat dengan batang-batang serta serpihan kayu balak seperti di Telemong.


"Paling membimbangkan, kayu-kayu balak ini turut dihanyutkan air sehingga ke rumah kediaman. Kejadian ini berlaku di Karak dan ianya bukan lagi satu cerita kosong seperti yang cuba dinafikan oleh pihak kerajaan negeri.


"Kami menuntut agar kerajaan negeri melakukan siasatan segera secara lebih telus dan mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan yang terbukti telah melanggar peraturan dan undang-undang dalam aktiviti pembalakan.


"Kerajaan negeri harus lebih mengutamakan keselamatan rakyat berbanding dari melindungi taikun-taikun balak yang telah lama menghisap darah rakyat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page