top of page

AMANAH tidak senang dengan pencalonan Nick Adams Duta AS ke Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 14
  • 1 min read

ree

Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak senang dengan pencalonan pempengaruh konservatif kontroversi, Nick Adams, sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.


Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda Amanah Nasional, Mus'ab Muzahar (gambar) menyifatkan pelantikan itu sebagai satu persendaan terhadap maruah negara, dasar luar Malaysia yang menjunjung keamanan serantau, kedaulatan serta solidariti bersama rakyat tertindas khususnya di Palestin.


"Nick Adams bukan diplomat, bukan negarawan. Beliau hanya propagandis ekstrem kanan, penyokong tegar Trump serta lantang mempertahankan rejim Zionis Israel," tegas Mus'ab dalam satu kenyataan di Facebook.


Beliau turut membidas retorik Nick yang didakwa sarat dengan kebencian, perkauman dan Islamofobia di media sosial, jelas sekali bercanggah dengan semangat hubungan dua hala yang matang.


Sehubungan itu, Mus'ab menegaskan Malaysia berhak menolak pencalonan tersebut di bawah Artikel 4 Konvensyen Vienna tanpa perlu memberi sebarang alasan.


Katanya, tindakan membenarkan individu seperti itu sebagai Duta Besar AS akan membuka pintu kepada agenda toksik dan politik kebencian.


Mus'ab menegaskan kedaulatan Malaysia tidak boleh dikompromi, dan negara berhak sepenuhnya menentukan siapa yang layak mewakili negara asing sebagai duta.


"Ia bukan soal peribadi, ia soal prinsip dan maruah negara. Malaysia bukan medan percubaan untuk boneka politik AS yang gagal di negaranya sendiri," ujarnya.


Beliau juga menegaskan, penolakan terhadap Nick Adams bukan ancaman terhadap hubungan Malaysia-AS, sebaliknya satu mesej bahawa Malaysia berprinsip, bermaruah dan tidak tunduk kepada permainan geopolitik negara tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page