top of page

AMANAH mahu undang-undang syariah diperkasa, junjung Perlembagaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 15, 2024
  • 2 min read


Parti Amanah Negara (AMANAH) sentiasa menyokong penuh usaha-usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah termasuk bidang kuasa mahkamah syariah, kata presidennya.


Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata pendirian parti itu selaras dengan beberapa peruntukan khusus berkaitan kedudukan Islam termasuk sebagai agama Persekutuan di bawah Perkara 3 (1) dan bidang kuasa undangundang di bawah Perkara 121 (1A) dan Senarai 2 Jadual Kesembilan.


Serentak itu, parti tersebut menggesa agar Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengubal Undang-undang Islam diperkasakan sebagai platform konsultansi dan badan advokasi berautoriti ke atas negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan dalam memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah.


"(Ia)... supaya apa juga pindaan atau penggubalan peruntukan baharu undang-undang syariah menjadi lebih harmoni, seragam dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dengan melibatkan semua wakil negeri-negeri dan Persekutuan," kata Mohamad.


Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan kes Nik Elin Zurina yang mana 16 peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan terbatal kerana ia melangkaui bidang kuasa negeri adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.


"Perkara 4(1) menyatakan dengan jelas bahawa apa-apa undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah terbatal," ujarnya.


Beliau berkata keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut mengikat rakyat Malaysia kerana fungsi mahkamah adalah menafsirkan undang-undang.


"Fungsi mahkamah harus dihormati bagi menjamin kestabilan pentadbiran negara yang berpegang kepada pengasingan kuasa antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman.


"Maka, apa-apa dakwaan bahawa keputusan kes tersebut menentang undang-undang syariah adalah tidak berasas dan ia satu permainan sentimen yang mengelirukan oleh sesetengah pihak," katanya.


Tambah beliau keputusan tersebut tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah malah undang-undang Islam tetap akan diperjuangkan AMANAH Amanah untuk diperkasakan.


Katanya pihaknya mahu memastikan kedudukan dan pelaksanaan setiap undang-undang syariah dijalankan secara berhikmah, harmoni dan selamat tanpa terbatal kerana tidak berperlembagaan.


"AMANAH juga mengambil maklum dalam kes Mamat Daud vs. Kerajaan Malaysia (1988) 1 MLJ 119, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan terbatal kerana tidak berperlembagaan memandangkan kesalahan berkaitan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri dan mahkamah syariah.


"Mengambil kira kes ini, ia menunjukkan undang-undang sivil juga boleh terbatal apabila melangkaui bidang kuasa seperti mana senarai-senarai Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan," ujarnya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page