top of page

AMANAH berbeza pandangan, bukan khianati Anwar




Pemuda AMANAH menafikan sesetengah dakwaan kononnya berlaku percubaan mengkhianati Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu calon Perdana Menteri (PM) ke 9.


Menurut Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Kevin Shawn Gomez, AMANAH tidak pernah mengkhianati Anwar namun pemimpin dan penyokong parti tidak dinafikan mempunyai sedikit perbezaan pendapat dalam usaha memilih calon PM atau mencukupkan majoriti PH. Hal itu, katanya tidak perlu dijadikan isu, apatah lagi sebahagian pimpinan AMANAH telah berjuang bersama Anwar sejak 1998.


"Pemuda AMANAH Nasional menegaskan bahawa kami menyokong dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan AMANAH bersama-sama pimpinan Pakatan Harapan Plus yang lain dalam membuat keputusan terbaik bagi menyelesaikan kemelut calon PM Ke-9.


"Meskipun memiliki pandangan berbeza dalam menentukan calon PM namun kesepakatan telah dicapai untuk mempertahan mandat rakyat dengan segera mengambil alih kerajaan.


"Pemuda AMANAH Nasional melahirkan rasa terkilan dengan tuduhan-tuduhan bahawa AMANAH mengkhianati Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membuat kesepakatan bersama pihak lain memilih calon PM ke-9.


"Wajib diingatkan sebahagian besar pimpinan dan akar umbi AMANAH adalah mereka yang telah bersama bergelumang dalam perjuangan Reformasi sejak 1998 lagi sehingga kini. Malah, antara pengasas awal Parti Keadilan Nasional pada ketika itu adalah sosok tubuh bernama Anuar Tahir, mantan Setiausaha Agung AMANAH," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, pemuda AMANAH menyeru agar penyokong PH tidak terlalu emosi dan saling membidas sesama sendiri yang boleh memecahbelahkan PH.


"PH Plus perlu memfokuskan kepada dua perkara penting iaitu mengembalikan mandat rakyat dengan mengambil alih semula kerajaan dan membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Persengketaan hanya akan merugikan PH yang selama ini berjuang menumbangkan kleptokrat.


"Sekiranya persengketaan berpanjangan, PH akan berdepan defisit keyakinan rakyat yang mahu kita mengambil semula mandat PRU ke-14," kata beliau lagi.


Penyokong PH bergolak sejak dua hari lalu apabila portal Malaysiakini menyiarkan berita Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke meletakkan sokongan kepada Tun Mahathir sebagai PM ke 9.


Pendapat Loke dibidas oleh penyokong PH yang kemudian bertukar kepada serangan-serangan tidak terkawal di media sosial yang dikhuatirti akan merosakkan hubungan sesama komponen PH.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page