top of page

Amalan gaya hidup sihat sebahagian sunah Rasulullah - Dr Zaliha

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 28, 2023
  • 1 min read


Malidur Rasul sewajarnya mengingatkan umat Islam bukan sahaja kepada perjuangan Nabi Muhamad s.a.w dalam menegakkan Islam tetapi juga gaya hidup sihat yang diajarkan baginda.


Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa Rasul s.a.w dalam sirah baginda, banyak menyentuh aspek kesihatan termasuklah aspek kesihatan minda dan fizikal.


"Lihat sahaja dari sudut pemakanan, sunah baginda menuntut makan secara sederhana selari konsep kesejahteraan.


"Dalam hadis daripada Abu Malik al-Haris ibn Asya'arie R.A beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda “Kebersihan adalah sebahagian dari iman”. Ini menggambarkan betapa kebersihan dititik beratkan dalam kesejahteraan sejagat.


"Manakala baginda juga menunjukkan tauladan dalam menjaga kesihatan fizikal dengan menggalakan untuk berjalan kaki pantas, lumba lari, menunggang kuda, berenang, dan memanah.


"Begitulah antara panduan dan inspirasi yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w untuk kehidupan yang sihat," katanya di facebook sempena sambutan Maal Hijrah hari ini.


Tambah Dr Zaliha, dalam meniti arus kemajuan dan melengkapkan 6 prinsip Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan untuk mencipta Malaysia yang gemilang, justeru jangan diabaikan sunah Rasul s.a.w dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page