top of page

Altimet zahir penghargaan buat pengundi, jentera parti



Calon Pakatan Harapan (PH), Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor semalam tekad memberi khidmat terbaik untuk rakyat.


Syed Ahmad yang lebih dikenali sebagai Altimet melalui satu kenyataan berkata, akan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa mengira perbezaan parti politik.


Beliau sementara itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengundi yang memberi mandat kepadanya.


"Saya amat berterima kasih kepada semua pengundi-pengundi Lembah Jaya yang menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkhidmat dan berbangga menjadi sebahagian daripada Lembah Jaya.


"Kepada rakan-rakan jentera, tidak kira Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional, hormat saya kepada anda amat tinggi, saya sanjung kerja keras mereka selama tempoh berkempen ini.


"Saya akan segera memulakan tugas seawal pagi Subuh esok bersama jemaah di masjid," jelasnya.


Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan proses pengundian teratur.

Syed Ahmad berjaya meraih 26,298 undi dengan majoriti 6,678 undi menewaskan saingannya Sharifah Haslizah Syed Arifin calon Perikatan Nasional (PN) yang hanya meraih 19,620 undi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page