top of page

'Altimet tidak mahir berpolitik, tetapi ketagih kerja'



Percaturan KEADILAN-Pakatan Harapan meletakkan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet bertanding di DUN Lembah Jaya mungkin untuk menghindari tindakan wakil rakyat di kawasan itu sebelum ini yang begitu 'berpolitik' sehingga penduduk terabai.


Oleh itu, dalam kempen awalnya malam tadi Altimet mengakui beliau tidak mahir, malah tidak tahu berpolitik dan mempelajari disiplin politik hanya daripada Ali Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.


Katanya, untuk bertanding di DUN Lembah Jaya beliau ditawarkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Altimet mengakui belum mempunyai banyak pengalaman politik tetapi sekiranya beliau menang pada 12 Ogos ini, katanya, pengundi akan dapat seorang wakil rakyat yang 'ketagih bekerja'.


"Saya tak janji menang (ketika ditawarkan oleh PM untuk bertanding) tetapi apa saya berjanji yang dalam kawalan saya, ialah usaha saya, kalau tanya kawan kawan dalam industri sebelum ni, semua tahu saya kaki kerja, ketagih kerja.


"Zaman dalam kerjaya saya (artis) saya tulis satu lagu sehari.


"Saya di sini pada malam ini, lepas berbual dengan keluarga saya, menawarkan diri untuk berkhidmat di Lembah Jaya.


"Banyak benda yang perlu saya belajar tetapi saya ada kakak dan abang (dalam berkhidmat) di sini, yang boleh tolong," katanya dalam ceramah malam tadi.


Mengenai kritikan kononnya beliau tidak turun padang selepas dilantik hampir setahun sebagai Penyelaras DUN Lembah Jaya, Altimet secara spontan menunjuk dan menyebut sekitar 6 - 7 nama pemimpin tempatan yang terdiri daripada Ahli Majlis, Ketua Kampung, Pengerusi NGO dan sebagainya untuk kemudian berkata: "Kalau saya tak buat kerja macam mana saya kenal semua orang ini"


Gimik tesebut mendapat tepukan gemuruh penduduk tempatan yang menghadiri ceramah tersebut.


Altimet mengakhiri ucapannya dengan berpesan agar kempen pilihanraya dilaksanakan secara berhemah, madani, utamakan perpaduan dan hindari perpecahan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page