top of page

Altimet tekad perangi aktiviti cetak rompak, libat semua pihak



Oleh: Abdullah Zaid


Cetak rompak telah menjadi masalah kepada industri hiburan tanah air sejak berdekad dekad lalu.


Bagaimanapun aktiviti berkenaan amat sukar dibanteras meskipun kerajaan telah melakukan pelbagai cara dan penguatkuasaan.


Bagi Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman (Altimet) kerajaan seharusnya melakukan beberapa cara baharu dalam mengekang aktiviti cetak rompak agar ianya tidak terus menjadi ancaman kepada penggiat seni tanah air generasi baharu.


"Peranan saya sebagai wakil rakyat dan pengiat seni komited untuk membawa perubahan dalam industri ini.


"Ia termasuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan berkaitan untuk melaksanakan strategi komprehensif, bertujuan untuk memerangi cetak rompak, melindungi hak harta intelek, dan mencari alternatif undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.


Kerjasama itu, kata Syed Ahmad melibatkan golongan artis, penggubal dasar dan masyarakat untuk memerangi aktiviti cetak rompak secara menyeluruh dan mewujudkan kempen kesedaran perlindungan harta intelek.


"Bersama-sama, kita boleh menuju ke arah masa depan di mana integriti industri kreatif kita dipelihara, dan sumbangan artis dihargai serta dilindungi.


"Marilah kita bersatu dalam komitmen untuk memupuk budaya yang menghormati dan mengekalkan kreativiti untuk generasi akan datang, dan memastikan masa depan yang bertenaga untuk muzik dan budaya Malaysia," katanya lagi.


Sebelum itu, Syed Ahmad mengingatkan bahawa laporan terbaharu dipetik Astro Awani menyatakan kerugian keseluruhan akibat cetak rompak adalah sekitar RM300 bilion manakala kerugian kepada kerajaan dalam bentuk hasil cukai sebanyak RM500 juta.


Beliau turut mengungkapkan pengalaman cetak rompak pada era 1990an ketika industri menggunakan cakera padat (CD) memasarkan hasil seni (lagu) kepada pencinta muzik. Kehilangan hasil jualan pada ketika itu, katanya, menyebabkan banyak artis tidak mampu mengembangkan bakat dan berputus asa.


Pada era 2020 pula, kata Syed Ahmad, keadaan lebih sukar apabila industri memasuki dunia digital yang menyebabkan karya mereka dirompak di internet melibatkan pelbagai aplikasi media sosial.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page