top of page

Aliran deras air di tokong Taman Scientex akan diatasi



Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berjanji akan menyelesaikan masalah aliran deras air ketika hujan yang melimpahi tokong Taman Scientex.


Beliau melawat ke tokong berkenaan setelah menerima aduan dari Jawatankuasa Pengurusan Tempat Ibadat Tokong Penganut Agama Buddha di kawasan berkenaan.


"Aduan mereka ialah apabila hari hujan lebat maka air dari arah Bukit bersebelahan Tokong itu akan mengalir deras mencurah-mencurah ke arah kawasan bangunan Tokong berkenaan bersama tanah berlumpur turun ke bawah hingga ke jalan raya dan taman perumahan yang berdekatan.


"Tanah tapak Tokong itu adalah kurniaan dari Kerajaan Negeri Johor. Ahli Parlimen diminta membantu menyelesaikan masalah mereka," katanya.


Hassan berkunjung ke tokong itu baru-baru ini untuk melihat sendiri masalah yang berlaku.


"Selaku Ahli Parlimen saya akan berhubung dengan Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan juga Syarikat Air Johor. Dua agensi ini mempunyai bidang kuasa berkenaan mengeluarkan kebenaran untuk Jawatankuasa Pengurusan Tokong itu membina tembok penghadang dan longkang bagi mengatasi masalah pengaliran air dari bukit bersebelahan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page