top of page

Akta Wilayah Laut: DUN T'ganu patut tolak waktu PN perintah Persekutuan



Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 25 April lalu yang menolak Akta Laut Wilayah 2012 yang mengehadkan sempadan maritim negeri sehingga tiga batu nautika iaitu 5.5 kilometer dari kawasan pantai sepatutnya dilakukan 4 tahun lalu.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, penolakan itu sepatutnya dibuat pada tempoh 2020 hingga 2022 lalu ketika PN memerintah Kerajaan Persekutuan dan Pas memerintah Terengganu.


Katanya, jika Akta 750 itu ditolak pada waktu tersebut maka Kerajaan PN di Persekutuan boleh membuat undang undang baharu.


Sebaliknya, kata beliau, Pas tidak melakukannya dan pastilah penolakan pada waktu ini bukan di atas alasan Perlembagaan namun hanya gimik politik.


"Kenapa masa Pas perintah Persekutuan DUN Terengganu tidak tolak akta ini? Kalau tolak pada waktu itu kerajaan PN boleh buat undang undang lain atau lakukan pindaan untuk iktiraf hak royalti petroleum Terengganu.


"Sekarang baru tolak nampak sangat gimik politik. Sedangkan undang undang Anti Lompat Parti pun boleh Pas sokong, kenapa tidak cadang pinda Akta Laut Wilayah 2012," katanya dalam kenyataan.

Ahmad Nadhir Yob

Selain itu, Ahmad Nadhir juga tertanya tanya mengapakah pada 2012 Ahli Parlimen Pas tidak melakukan bantahan besar besaran terhadap Akta Laut Wilayah ketika dibahas di Dewan Rakyat.


Menurut rekod, tidak banyak bantahan dilakukan oleh Ahli Parlimen dari parti itu kerana mungkin Terengganu yang di bawah pemerintahan BN ketika itu dianggap Pas sebagai negeri yang mereka tiada peluang menang.


Oleh itu, katanya, KEADILAN Kemaman menyokong penuh kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam yang menegaskan Akta 750 masih terpakai dan Terengganu tidak wajar mengatakan wang ehsan yang dibayar Persekutuan kepada negeri itu adalah royalti petroleum.


Terdahulu, DUN Terengganu menolak Akta Laut Wilayah 2012 kerana berpendapat membataskan hak negeri menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim negeri sekadar tiga batu nautika (5.5 kilometer) dari garis air surut wilayah Terengganu.


Sebelum ini, ketegangan timbul apabila Kerajaan Persekutuan sejak 2023 membayar secara langsung kepada sebahagian kontraktor yang menjalankan projek di negeri tersebut.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata tahun lalu bahawa wang ehsan tidak semestinya disalurkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri, sebaliknya dibelanjakan untuk pembangunan projek rakyat.


"Ada program atau keperluan mendesak, contohnya hakisan di Tasik Kenyir, kita terus bagi peruntukan untuk menyegerakan projek itu dan sebahagiannya tentunya dari dana wang ehsan.


"Untuk projek-projek kecil, projek untuk rakyat kita manfaatkan (dana petroleum)…kita tak ambil wang itu untuk kementerian lain atau jabatan lain atau negeri lain. Dana itu sepenuhnya untuk Terengganu," katanya dipetik.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page