top of page

Akta Laut Wilayah 2012: Masa PN jadi kerajaan pusat kenapa tidak tolak?



Tindakan DUN Terengganu menolak Akta Laut Wilayah 2012 kerana membataskan hak negeri menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim negeri sekadar tiga batu nautika (5.5 kilometer) dari garis air surut wilayah Terengganu tidak wajar 'baru hanya dibuat' sekarang.


Tokoh pejuang royalti petroleum Terengganu dan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz berkata, sekiranya Pas cerdik maka pengubahsuaian telah dibuat ke atas Akta 750 itu sewaktu mereka menjadi sebahagian Kerajaan Persekutuan pada 2020 - 2022 lalu.


"Hari itu masa memerintah 33 bulan Perikatan Nasional tebuk atap semua 18 Ahli Parlimen (MP) Pas makan gaji buta, tak pinda dan ubahsuai akta ini. Termasuk MP Marang.


"Kami yang dulu lawan untuk royalti Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dah suarakan minta Terengganu dan Kelantan contohi kebijaksanaan Sabah dan Sarawak (berhubung dasar petroleum) dalam kerajaan tebuk atap dulu," katanya dalam catatan di Facebook mengimbau teguran kepada Pas pada awal 2020.


Menurut Syam Ghaz, wang royalti yang dituntut oleh Kerajaan Terengganu hari ini bukanlah perjuangan Pas tetapi kerana Kerajaan Pakatan Harapan (2018 - 2020) yang menunaikan janji manifesto untuk memberi 'royalti' kepada Kelantan dan Terengganu sedangkan secara bertulis hak itu tidak terdapat dalam undang undang negara.


Sebaliknya Syam kecewa dengan tindakan ahli politik Pas yang tidak memikirkan kemaslahatan rakyat Terengganu secara jangka panjang malah terlena dibuai mimpi dengan jawatan Duta Timur Tengah, Menteri, Timbalan dan Pengerusi GLC ketika mereka menguasai Persekutuan.


"Padahal jika 18 MP Pas tegas, solid dan tekan Muhyiddin Yassin (ancam) untuk keluar Kerajaan PN jika tidak bagi royalti dan berikan hak Terengganu, Kelantan, confirm Muhyiddin lemau akan akur juga. Sebab dia memang tamak nak berkuasa!


"Tapi dah Pas lemah, bukan sahaja royalti, RUU 355 pun tak dapat dibentangkan.


"Pas ini ibarat gong, bunyi kuat, tapi tengok dalam isi gong tu, tiada apa apa. Bila mentadbir negara, lemah dan tak reti urus negeri dan negara, tengok saja 4 negeri mereka tadbir, hancur.


"Terengganu sendiri pun start panik bila Wang Ehsan atau royalti yang sepatunya dapat RM1.5 bilion, tahun 2023 dapat separuh saja. Separuh lagi terus kepada projek pembangunan yang diuruskan federal," katanya.


Dalam pada itu, Syam menasihatkan agar kerajaan Pas Terengganu mula menambah jumlah hasil negeri dan tidak hanya bergantung kepada Wang Ehsan semata mata untuk mengongkosi polisi pentadbiran berkebajikannya.


"Income Terengganu tak sampai 30% mereka cari sendiri, selebihnya bergantung pada dana pusat. Mereka bukan reti tadbir sangat pun. Lebong (cakap besar) jah lebih.


"Dulu bukan main boros mereka, apabila bajet kena cut, banyak program program kerajaan ditangguhkan. Apa maknanya tu?


"Maknanya mereka bukan ada otak dan tidak ada skill sangat untuk cari income bagi Negeri Terengganu, sebelum ini hanya makan suap saja," sinisnya.


Untuk rekod, sejak 6 tahun lalu rakyat Terengganu menyangka pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar begitu cekap dalam memberi kebajikan kepada rakyat.


Mereka tidak faham dana yang digunakan adalah daripada sumber Wang Ehsan dan sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak memberikan terus kepada negeri maka Kerajaan Negeri tidak mampu untuk melaksanakan skim kebajikan sebagaimana Selangor, Pulau Pinang atau Negeri Sembilan yang berbelanja menggunakan wang sendiri.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page