top of page

Akta Anti Lompat Parti: Mengapa pindaan Perlembagaan lain didahulukan?



Tindakan kerajaan BN membentangkan pindaan Perlembagaan berkait kelayakan keluarga Diraja sebagai pengundi menimbulkan reaksi keras Pembangkang.


Ahli Parlimen Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH - Hang Tuah Jaya) berkata, pindaan Perlembagaan itu tidak seharusnya didahulukan memandangkan Akta Anti Lompat Parti telah pun dipersetujui oleh pengerusi majlis, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Mac ini.


"Akan ada pindaan Perlembagaan, iaitu kelayakan pemilih yang khusus untuk memasukkan pindaan yang berkait tentang kelayakan pemilih tidak terpakai kepada Raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri (YDPN) serta kaum kerabat mereka.


“Saya tak nampak rasional pindaan Perlembagaan ini. Yang diminta, satu Akta Anti Lompat Parti yang terkait dengan pindaan Perlembagaan," katanya dalam sesi perbahasan semalam.


Beliau sebaliknya mencadangkan sekiranya pindaan Perlembagaan mahu diteruskan adalah lebih baik disekalikan dengan Akta Anti Lompat Parti dan had tempoh menjadi perdana menteri bagi menjimatkan masa.


"Biarlah ada dimasukkan perkara kita minta yang menjadi asas kepada persefahaman antara barisan pembangkang dan kerajaan.


"Justeru, saya ingin cadangkan kepada Ahli-ahli Parlimen terutama di sini barisan pembangkang supaya jangan berikan sokongan kepada pindaan ini kerana percaya pindaan ini bukan satu pindaan yang menuntut untuk disegerakan,” katanya.


Pindaan bertujuan mengecualikan Perkara 119 kepada Raja-raja dan kerabat terdekat baginda, melalui perintah yang disiarkan dalam warta akan dibahaskan hari ini.


Sebelum ini pada 2019, Perkara 119 telah dipinda untuk mengurangkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page