top of page

Akta 588 diteliti banteras pornografi kanak-kanak



Selari dengan pengumuman penubuhan pasukan khas untuk membenteras aktiviti pornografi dalam kalangan kanak-kanak, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan melakukan penelitian kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibincangkan bersama Kabinet yang melihat bahawa beberapa undang-undang berkaitan perlu diteliti semula dalam usaha melindungi golongan kanak-kanak serta wanita daripada aktiviti pornografi dan keganasan seksual.


"Kita akan membuat pengumuman mengenainya sebaik sahaja kita memulakan siri libat urus di pelbagai kementerian.


"Sebagai contoh, Akta Komunikasi dan Multimedia sama ada terdapat bahagian undang-undang yang perlu dipinda bagi menyelamat dan melindungi wanita serta kanak-kanak tetapi tidak akan mengekang apa sahaja komitmen kerajaan terhadap syarikat teknologi maklumat sebelum ini," katanya


Ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan pasukan khas yang akan dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11)


Pasukan itu jelasnya akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku terlibat.


Pengumuman Anwar tersebut menarik perhatian kumpulan hak asasi wanita.


Pengarah Program Women’s Centre of Change (WCC) Karen Lai menyambut baik langkah itu dan berkata pengumuman Perdana Menteri menunjukkan keseriusan pentadbiran Kerajaan Perpaduan dalam menangani jenayah tersebut.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page