top of page

Akses komunikasi diperkasa, JENDELA Fasa 2 bermula September - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 30
  • 1 min read

ree

Kerajaan komited meneruskan usaha meningkatkan capaian komunikasi dan liputan internet di seluruh negara menerusi pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 yang dijangka bermula September ini.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, fasa baharu inisiatif ini akan melibatkan hampir 3,000 tapak baharu di seluruh negara, namun ia tidak lagi tertumpu kepada pembinaan menara komunikasi konvensional semata-mata.


"Bagi fasa dua kita tidak berhasrat untuk membina menara semata-mata, kawasan yang memerlukan liputan mungkin tidak memerlukan menara 76 meter, (atau) 60 meter sebaliknya mungkin (hanya perlukan) monopole 30 meter.


"Mungkin kita ambil penyelesaian yang lebih hibrid, jadi kita jangkakan masa untuk pelaksanaan itu lebih pantas," katanya dipetik di Dewan Rakyat pada Selasa.


Fahmi sebelumnya menjawab soalan lisan seorang Ahli Parlimen yang ingin tahu bilakah JENDELA fasa dua akan dilaksanakan.


Beliau turut memberitahu dewan bahawa setakat 30 Jun lalu, sebanyak 43 daripada 48 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi, manakala 44 daripada 45 stesen pemancar telah dinaik taraf.

Mengulas inisiatif lain, Fahmi berkata kerajaan negeri Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) sedang melaksanakan pembinaan 600 menara baharu (SMART 600) termasuk di Julau.


"Sebanyak 29 menara telah siap beroperasi, manakala 15 lagi masih dalam pelaksanaan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan SDEC, bagi mempercepat kesalinghubungan komunikasi di Sarawak," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page