top of page

Akses internet luar bandar lemah: Apa khabar inisiatif RM3.2 bilion JENDELA?


Akses internet masih lemah di luar bandar sejak program menambahbaik komunikasi digital luar bandar diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional pada 2020 lalu.


Menurut Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Telekomunikasi, Syed Ibrahim Syed Noh, rakyat tertanya-tanya apakah tahap perkembangan program Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 yang dinyatakan meliputi penambahbaikkan capaian internet di kawasan pinggir bandar, bandar dan luar bandar di bawah Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM).


"Pada bulan Ogos 2020, kerajaan telah memperkenalkan program Jalinan Digital Negara (JENDELA). Ia juga menyasarkan kenaikan kadar liputan 4G kepada 96.9% dan purata kelajuan mudah alih internet kepada 35 Mbps.


"Namun, laporan media arus perdana serta media sosial menunjukkan masih wujud rakyat yang terkesan akibat kelemahan sistem internet di Malaysia.


"Masih ada guru dan murid yang menghadapi kesukaran untuk menunaikan kewajipan menuntut ilmu. Ternyata, aspek ini menunjukkan kemiskinan dan kesenjangan literasi digital yang dibimbangi dan ketara," kata Syed Ibrahim dalam satu kenyataan.


Tegas Ahli Parlimen Ledang itu lagi, JENDELA seharusnya telah menunjukkan kemajuan dengan meningkatkan tahap capaian internet, apatah lagi pada 2022 perkhidmatan kerajaan akan dibuat secara tanpa tunai yang memerlukan akses internet lancar tanpa gangguan.


"Inisiatif MyDigital yang menetapkan bayaran perkhidmatan kerajaan dibuat tanpa tunai menjelang 2022 dijangka akan berhadapan masalah apabila masih ketara isu capaian internet lemah di banyak kawasan.


"Memandangkan Parlimen tidak dibenarkan bersidang, saya mengambil inisiatif menerusi kenyataan media ini menuntut KKMM dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan perkembangan usaha di bawah program JENDELA setakat ini.


"Data dan maklumat ini adalah sangat penting mengambil kira sejumlah besar dana RM 3.2 bilion telah diperuntukkan dalam inisiatif berkenaan," katanya lagi.


Bagi Syed Ibrahim, akses internet bukanlah suatu perkara yang boleh dikompromi untuk penduduk di luar bandar apabila dunia semakin meninggalkan norma lama berurusniaga.


Katanya, pandemik Covid 19 mempercepatkan transaksi tanpa tunai dan urusan tanpa kertas. Begitu juga pembelajaran atas talian bagi pelajar luar bandar.


Oleh itu, katanya, prestasi terbaik telekomunikasi negara amat dituntut oleh rakyat Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page