top of page

Akmal tidak pertahan Ketua AMK, seru penerus perjuang masalah anak muda



Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir mengumumkan tidak akan mempertahan jawatan Ketua AMK kerana telah melepasi had umur dibenarkan.


Hal itu dinyatakan beliau ketika Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Gombak, semalam.


Menurut Akmal, beliau mengalu alukan pertandingan untuk merebut Ketua AMK Malaysia dan berpesan agar AMK terus mengangkat isu isu anak muda.


"Pemilihan AMK saya tidak mempertahankan jawatan kerana secara automatiknya saya tidak berada dalam kedudukan AMK.


"Proses demokrasi maka pemilihan akan berlaku. Ura ura menyebut saudara Fahmi Zainol dan Adam Adli akan bertanding cuma masing masing belum buat pengumuman rasmi.


"Mungkin kerana saya belum memaklumkan kekosongan. Hari ini saya memaklumkan bahawa jawatan Ketua AMK berlaku kekosongan


"AMK tidak boleh lari daripada tanggungjawab memikul suara anak muda. Perkara itu paling asas membezakan sayap anak muda KEADILAN berbanding yang lain. AMK seharusnya berdiri atas landasan prinsip dan nilai parti KEADILAN.


"Sebagai contoh nilai mempertahankan integriti dan melawan rasuah," katanya.


Buat bakal penggantinya, Akmal berkata, isu yang agak besar yang perlu diteruskan kesinabungan perjuangan adalah berkenaan pekerjaan ekonomi gig, seperti penghantar makanan yang tidak ada pembelaan Perkeso dan KWSP.


Katanya, isu itu melibatkan anak muda di dalam AMK dan juga di luar.


"Bagi mereka yang ambil alih perlu membawa naratif anak muda. Sebagai contoh isu grab food yang tak ada Socso, KWSP. Ada kalangan AMK kerja grab food dan terlibat kemalangan. Berjuangan ini bukan merebut kedudukan


"Hendak memahahi isu luar perlu memahami isu dalaman parti. Untuk AMK akan datang, ini cabarannya. Kita perlu bercakap isu anak muda. Saya harap pertandingan lebih kepada tokoh anak muda yang dapat memperjuangkan nasib anak muda," katanya.


Dalam MATC tersebut juga Akmal membangkitkan fokus utama yang perlu dilakukan KEADILAN, iaitu memenangkan kembali sokongan rakyat yang kian terhakis juga merangkumkan kembali semangat perpaduan dan kesepakatan dalam parti.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page