top of page

Akmal sedia galas tugas ‘audit’, mantapkan kementerian KPTDGA



Oleh: Abdullah Zaid


Selaku Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sedia memikul tanggungjawab untuk berdepan dengan cabaran dalam kementerian baharu tersebut.


Berkhidmat bersama Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga menteri bagi kementerian itu, Akmal bersedia untuk melaksanakan tugasnya sebagai ‘orang kanan’ dalam kementerian.


"Alhamdulillah YAB Menteri (Fadillah Yusof) telah menyampaikan hasrat untuk awalan ini agar saya memainkan peranan ‘audit’ bagi meneliti dan menilai prestasi Kementerian dan agensi-agensi.


"Ia bagi memastikan, segala sumber yang digunakan termasuklah kewangan, aset mahupun kepakaran dimaksimumkan potensinya serta memberi impak terhadap perkhidmatan daya guna awam terbaik yang seharusnya dinikmati rakyat," kata beliau dalam Facebook rasminya.


Tambah Akmal, kementeriannya memberi jaminan untuk melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan masalah dan cabaran yang timbul untuk memberi nafas baharu kepada rakyat Malaysia.


"Insya-Allah sedikit demi sedikit keadaan akan menjadi lebih baik berbanding sebelum ini," ujarnya.


Jelas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, pendekatan spot check, penelitian laporan, turun tapak dan gempur akan menjadi sebahagian daripada pendekatan kementerian yang dikira sesuai pada ketika ini.


"Fokus sebenar kita adalah untuk memperbaiki kualiti kehidupan dan menyelesaikan sebanyak mungkin permasalahan rakyat terhadap daya guna awam," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page