top of page

Keluar KEADILAN, ADUN Sidam dan Lunas berdepan tuntutan RM10 juta



ADUN Sidam, Robert Ling Kui Ee dan ADUN, Lunas bakal berdepan tuntutan RM10 juta daripada KEADILAN atas pengkhianatan kedua-dua pemimpin itu yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan di Kedah.


Pengerusi Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul berkata kedua-dua bekas ahli KEADILAN itu pernah menandatangani perjanjian sebelum menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bahawa mereka akan berdepan tindakan jika mengumumkan untuk keluar parti.


"Kami sudah menjangka perkara ini akan terjadi dan melihat gerak-geri kedua-dua ADUN tersebut yang sentiasa bersama Azmin sehingga beliau menyertai Perikatan Nasional.


"Namun begitu, sebelum Robert dan Azman menjadi calon, mereka telah berikrar dan menandatangani perjanjian, sekiranya mereka bertindak keluar parti, mereka akan berdepan tindakan PKR, yang mana pihak parti akan mengemukakan tuntutan RM10 juta setiap seorang atas pengkhianatan yang dilakukan.


"Mereka sudah berjanji untuk berkhidmat demi rakyat, namun pengkhianatan mereka membuktikan bahawa mereka lebih mementingkan diri daripada perjuangan parti," katanya menerusi akaun Facebooknya.


Walaupun pengkhianatan tersebut menyebabkan PH kehilangan kuasa di Kedah, Johari yang juga merupakan ADUN Gurun tetap optimis parti KEADILAN serta PH akan terus berbakti untuk rakyat, termasuklah di DUN Sidam dan Lunas.


"Pengundi DUN Sidam dan Lunas pastinya marah kerana kedua-dua ADUN tersebut sudah dua penggal menjadi wakil rakyat, atas sokongan rakyat yang memilih mereka bukan kerana kekuatan individu tetapi kerana lambang KEADILAN.


"Tetapi percayalah, walaupun mereka bertindak meninggalkan KEADILAN, parti ini akan pastikan kebajikan rakyat termasuk di Sidam dan Lunas, tidak akan kami abaikan," katanya.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page