top of page

Akar umbi jadi agen penyampai agenda Reformasi - wakil Perak



Oleh: Abdullah Zaid


Demi mengisi agenda Reformasi, akar umbi KEADILAN diseru menjadi agen penyampai maklumat bagi berganding bahu bersama Kerajaan Perpaduan untuk menjayakan hasrat itu.


Wakil Perak, Chai Yi berkata, sejak zaman reformasi anggota parti itu amat memahami bahawa bukan mudah untuk merealisasikan agenda Reformasi dalam tempoh masa yang singkat.


"Kita perlu sedar bahawa perjuangan kita bukan sahaja mempertahankan idealisme tetapi juga bertanggungjawab untuk menyampaikan perkhidmatan dan mesej kepada rakyat dengan efisien dan saksama kerana kejayaan Kerajaan Perpaduan bergantung terhadap kemampuan kita untuk bekerjasama sebagai satu pasukan yang mengemblengkan tenaga dan kebijaksanaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Oleh itu, kita tidak perlu menunggu pimpinan baru bergerak, kita boleh mengambil initiatif sendiri. Kita boleh buat video di sosial media, kita boleh bekerjasama dengan persatuan penduduk untuk program komuniti dan lain-lain.


"Dalam setiap pertemuan dengan rakyat, kita boleh mengetengahkan usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik," katanya menerusi perbahasan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berlangsung, hari ini.


Jelas Wong Chai, dalam memastikan hasrat Reformasi itu sampai kepada rakyat, penerangan melalui kementerian dan kepimpinan parti perlu diperkasakan dalam memastikan daya sampai maklumat itu lebih cepat dan konsisten.

"Kita mendapati bahawa penerangan ataupun response kerajaan perpaduan terhadap isu-isu tertentu masih agak lemah dan masih bertindak lembap dalam kerja-kerja damage control.

"Justeru, pimpinan kita harus memberi penerangan, pencerahan, penjelasan yang padu, jelas dan konsisten daripada barisan menteri kabinet. Lebih-lebih lagi dalam zaman media sosial ini, kita terpaksa bersaing dengan masa supaya info yang tepat dapat disampaikan kepada rakyat.


"Hal ini adalah penting untuk membina kepercayaan dan mempertahankan kestabilan kerajaan perpaduan," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page