top of page

Akan galas tugas dengan penuh tanggungjawab - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 24, 2022
  • 1 min read


Perdana Menteri ke 10 Malaysia, Datuk seri Anwar Ibrahim yang selesai mengangkat sumpah pada petang tadi berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.


Beliau berkata demikian sejurus selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.


"Amanah akan digalas dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab.


"Tugas berat ini akan saya pikul berpandukan kehendak dan nurani rakyat bersama pasukan," katanya.


Anwar akan mengadakan sidang media pertamanya sebagai PM Malaysia di Kajang, Selangor sebentar lagi.


[MENYUSUL]

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page