top of page

Akademi Akwan: AMANAH T'ganu perkasa konsep Islam, kepimpinan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 8
  • 1 min read
Pimpinan AMANAH Terengganu menghadiri kursus Akwan
Pimpinan AMANAH Terengganu menghadiri kursus Akwan

AMANAH Terengganu baru baru ini mengadakan Program Akademi Kepimpinan Wawasan AMANAH (AKWAM) di Pusat Latihan Akademi Kenegaraan Besut, Terengganu.


Program yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf itu merangkumi siri pendedahan dan pengisian tentang konsep Islam dan kenegaraan dalam kerangka Malaysia Madani bagi meningkatkan kefahaman rakyat.


"Penubuhan AKWAM ini bertujuan untuk melahirkan barisan kepimpinan pelapis AMANAH yang berdaya saing dan berprinsip, dengan latihan berasaskan ilmu politik yang berpandukan maqasid syariah.


"Saya berharap agar para peserta dapat menghayati setiap slot perkongsian, memperkukuh kefahaman terhadap peranan Islam dalam politik kenegaraan, dan seterusnya menjadi ejen perubahan yang membawa mesej rahmatan lil alamin ke tengah masyarakat," kata Dr Mujahid.


Untuk rekod, AMANAH parti yang berasal dari Pas dalam dua pilihanraya masih belum berjaya mendapatkan kerusi sulung di Terengganu.


Dengan pelancaran Akwan diharapkan parti berkenaan akan merangka strategi lebih berkesan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan pada 2028.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page