top of page

Aishah berjaya pecahkan tradisi orang luar tak dialu alukan di Bagan Serai



Sambutan baik pengundi parlimen Bagan Serai, Perak terhadap calon Pakatan Harapan (PH) Siti Aishah Shaik Ismail mungkin merupakan permulaan kepada perubahan arus sokongan di kawasan tersebut.


Menurut Aishah, beliau teruja apabila masyarakat tempatan berkongsi masalah harian mereka dengannya, dan mengharapkan mendapat pembelaan.


"Setakat ini saya ucap terima kasih kepada warga Bagan Serai kerana menerima saya seluasnya untuk berada di Bagan Serai.


"Sepanjang kempen 10 hari ini respons sangat baik, penerimaan baik, perkongsian isu semasa dan lokal ditujukan kepada saya. satu keterbukaan yang menerujakan


"Kerana masyarakat di Bagan Serai (sebelum ini) dikatakan orang luar tak boleh berada di sini (sebagai calon) tetapi hari ini saya mengesahkan orang Bagan Serai memilih kepimpinan berdasarkan prinsip dan idealisme," katanya kepad Suara Keadilan.


Di samping itu, beliau turut menawarkan 3 teras utama untuk membela kebajikan penduduk Bagan Serai yang dianggap telah ketinggalan daripada arus pembangunan semasa.


"Saya tawarakn untuk Bagan Serai 3 yang utama, iaitu SES. Sosial, Ekonomi dan Selamat untuk rakyat. Kita nak bina semula kemudahan sukan, fasiliti untuk anak muda. Kita nak sentuh soal pembangunan pendidikan di sini.


"Kita juga akan bina koperasi bersama masyaratat untuk membangunkan rakyat. Kita tekankan isu ekonomi dan pertanian yang membelenggu masyarakat di Bagan Serai


"Bagaimana kemunduran yang ditinggalkan oleh BN dan PN khususnya di DUN Semanggol dan DUN Selising. Hari ini kita lihat penolakan rakyat jelas," katanya.


Sekiranya menang, mantan Senator Dewan Negara itu berjanji perkara utama yang akan diperbaiki adalah kemudahan asas, insfrastruktur terutama jalan raya dan parit yang tidak diselenggara dengan baik, biar pun wakil rakyat sebelum ini seorang Menteri dan terdapat juga Exco Kerajaan Negeri yang berada di parlimen yang sama.


"Kita tahu isu penyelenggaraan di Bagan Serai. Sebaik kita menang saya juga akan pastikan bukan saja anak muda tetapi semua generasi akan dibela.


"Kita perlu membina negara atas politik yang matang dan bina semula negara ini," katanya.


Aishah merupakan calon nombor 4 dan satu satunya calon wanita yang fokus akan memperbaiki nasib wanita di Bagan Serai.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page