top of page

Air Selangor mula bayar balik pinjaman RM248.8 juta mulai 2031



Syarikat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) akan mula membayar balik pinjaman sebanyak RM248.7 juta kepada Kerajaan Negeri bermula tahun 2031, kata Menteri Besar.


Datuk Seri Amirudin Shari berkata pembayaran balik pinjaman berjadual itu dilakukan selama 20 tahun selepas tempoh 10 tahun daripada tarikh pengeluaran pertama pembiayaan dilakukan oleh Kerajaan Negeri.


"Selaras dengan terma dan syarat yang dipersetujui sebelum ini, pinjaman itu dijadualkan untuk dibayar balik secara ansuran selama 20 tahun dan hanya dimulakan selepas tempoh 10 tahun dari tarikh permulaan pengeluaran pertama pembiayaan.


"Jadual bayaran balik akan dikutip mulai 2031 hingga 2046 dengan jumlah ansuran pertama yang perlu dilunaskan ialah RM7.175 juta bermula 2031 dan seterusnya sebanyak RM12.435 juta setahun dari 2032 hingga 2046," katanya ketika menjawab soalan Datuk Harrison Hassan (PN-Jeram) dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.


Amirudin berkata pinjaman tersebut melibatkan pelaksanaan projek penggantian paip air lama di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Terdahulu Harrison merujuk Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober lepas berhubung tindakan kerajaan negeri dalam mendapatkan semula bayaran pinjaman daripada Air Selangor berjumlah RM248.7 juta.


Pada Isnin lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah pembukaan sidang DUN menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang akan membiayai kerja-kerja pembangunan sumber air ini melalui geran berjumlah RM1.8 bilion.


Di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terdapat lebih kurang 30,500km paip yang membekalkan air kepada pengguna.


Kerajaan negeri telah menyatakan komitmen menggandakan kadar penggantian paip daripada 150km setahun kepada 300km setahun.

0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page