top of page

Aidilfitri di bawah Malaysia Madani lebih baik, rakyat lega - Hassan Karim




Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini ternyata lebih meriah di bawah Kerajaan Perpaduan yang membawa konsep Malaysia Madani.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, konsep tersebut yang memberikan pembelaan total kepada rakyat marhaen, termasuk bantuan menjelang hari raya belum pernah diamalkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri (PM) yang lalu.


"Saya melihat rakyat umumnya berasa tenteram dan lega dengan pentadbiran Kerajaan Persekutuan sekarang di bawah pimpinan PM Anwar Ibrahim.


"Saya secara peribadi nampak Kerajaan sekarang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal kos sara hidup rakyat agar tidak melonjak tinggi sehingga di luar kemampuan rakyat untuk hidup seharian," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Hassan, langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan kos Sara Hidup memperkenalkan inisiatif Payung Rahmah pula amat terpuji, dan memperlihatkan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah bersifat retorik sebagaimana kerajaan sebelumnya.


"Begitu juga langkah Kerajaan memecahkan monopoli dan menghapuskan Kartel dalam rangkaian rantai makanan dan bekalan adalah usaha positif ke arah melindungi rakyat daripada kapitalis dan peniaga lintah darat yang menangguk di air keruh untuk menindas Rakyat.


"Manakala tindakan SPRM menangkap serta mendakwa pengarah syarikat yang menyimpan stok bekalan minyak masak melebihi kuota yang dibenarkan merupakan contoh tindakan berkesan agensi penguatkuasa membasmi kegiatan penyorokan barangan keperluan penting untuk tujuan mengaut keuntungan berlebihan.


"Dalam masa sama tindakan Menteri Pertanian menyelesaikan masalah telur ayam dengan mengimport dari India buat sementara waktu amat berkesan bagi menjamin bekalan makanan penting seperti telur ada di pasaran," katanya.


Tidak cukup dengan itu, kata Hassan, Kerajaan Perpaduan juga bertindak tegas menutup punca ketirisan dengan memerangi rasuah di semua peringkat serta melaksanakan tadbir urus yang baik di setiap kementerian.


Hassan turut memuji Belanjawan 2023 Kerajaan Persekutuan yang memperuntukan jumlah tinggi kepada Pembangunan, sebanyak RM90 billion, yang merupakan Belanjawan Pembangunan terbesar yang dijangka akan memacu pemulihan ekonomi negara.


"Langkah Kerajaan memperkenalkan subsidi bersasar pula seperti tarif elektrik adalah contoh strategi yang jelas untuk membantu rakyat miskin, B40, M40.


"Manakala golongan kaya T20 yang patriotik kepada negara pula sanggup menunaikan tanggungjawab statutory mereka membayar cukai pendapatan sehingga Menteri Kewangan dan Perdana Menteri menjelaskan kepada umum bahawa kutipan hasil cukai pendapatan dari syarikat semakin bertambah.


"Dengan harga petroleum dan gas asli dunia yang meningkat sekarang dan Malaysia sebuah negara pengeksport petroleum dan hgas asli diharapkan hasil negara akan bertambah dalam bentuk dividen dari Petronas, sekali gus lebih banyak bantuan boleh diberi," katanya lagi.


Bagi Hassan, hari raya pada 2023 juga amat berbeza daripada tahun sebelumnya apabila jumlah duit raya kepada penjawat awam bertambah, termasuk kepada rakyat biasa seperti pesawah padi, nelayan dan penoreh getah yang menerima duit raya untuk memudahkan mereka berbelanja dan bergembira menyambut 1 Syawal.


1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page