top of page

Aidiladha: Dr Wan Azizah agih 75 ekor lembu korban

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Wan Azizah menyerahkan dokumen 75 ekor lembu ke seluruh Parlimen Bandar Tun Razak
DS Wan Azizah menyerahkan dokumen 75 ekor lembu ke seluruh Parlimen Bandar Tun Razak

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengagihkan sebanyak 75 ekor lembu ke seluruh kawasan Parlimen Bandar Tun Razak bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.


Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen kawasan itu berkata, sumbangan tersebut yang bertujuan membantu golongan memerlukan adalah hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk masjid, surau dan komuniti setempat.


"Alhamdulillah, rezeki untuk Bandar Tun Razak. 75 ekor lembu dapat diagihkan termasuk di Masjid Saidina Othman Ibn Affan.


"Program ini menghimpunkan kita semua untuk menyatukan hati dan terus memperkukuh perpaduan dalam masyarakat.


"Pengagihan daging korban akan dilaksanakan secara telus dan teratur, khususnya kepada golongan asnaf serta fakir miskin," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir merasmikan Majlis Serahan Lembu Korban Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Cheras.


Dalam pada itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menjelaskan, program tersebut bukan sekadar menyemarakkan syiar Islam menerusi ibadah korban, malah menjadi medium memperkukuh semangat pengorbanan, keprihatinan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan masjid, surau, jawatankuasa pelaksana serta penyumbang korporat yang menjayakan program berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page