top of page

Aidiladha ajar korbankan harta, tenaga, sifat mazmumah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 29, 2023
  • 1 min read

ree

Hari Raya Aidiladha bukan sahaja mengajar umat Islam mengorbankan binatang peliharaan tetapi juga berkorban harta, tenaga dalam mengejar kejayaan di dunia dan akhirat.


Demikian perutusan Menteri Pendidikan yang juga Ketua Wanita KEADILAN Malaysia Fadhlina Sidek sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.


"Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga KPM dan seluruh rakyat Malaysia.


"Saya mendoakan ibadah korban dan haji yang dilaksanakan diterima dan mendapat pahala di sisi Allah.


"Aidiladha mengajar kita untuk berkorban bukan saja dari sudut harta, tenaga dan masa dalam melaksanakan ibadah tetapi juga mengorbankan sifat-sifat mazmumah di dalam diri," katanya.


Beliau berharap dengan pengorbanan yang dilakukan umat Islam akan menjadi hamba beriman dan warga Malaysia yang mengamalkan akhlak terpuji.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page