top of page

Ahli Parlimen Wangsa Maju anjur dialog keselamatan polis - penduduk



Khuatir laporan penduduk Wangsa Maju bahawa kemungkinan meningkatnya kes jenayah di kawasan berkenaan, Ahli Parlimen Datin Dr Tan Yee Kew menganjurkan dialog antara penduduk dan polis di kawasan tersebut.


Menurut Dr Tan, penduduk ingin tahu situasi semasa ketika pandemik Covid 19, sama ada kes-kes jenayah bertambah atau berkurangan berikutan semakin banyak berlakunya pembuangan pekerjaan.


"Untuk maklumat, pada dua bulan kebelakangan ini saya menerima banyak aduan daripada penduduk Wangsa Maju berkenaan kes-kes samun, pecah rumah dan juga kecurian.


"Saya difahamkan, di kawasan lain keadaan yang sama juga berlaku. Ramai berpendapat penambahan kes-kes akibat pandemik Covid 19 kerana ramai kehilangan kerja dan kadar pengangguran meningkat.


"Saya kongsi perasaan ini, adakah keselematan di Wangsa Maju telah terjejas. Ataupun kadar jenayah telah dibesar-besarkan? Kita nak tahu gambaran sebenar. Saya minta pihak polis datang memberi gambaran sebenar. Kita juga minta nasihat tindakan yang perlu penduduk buat," kata Dr Tan dalam sesi dialog di pusat khidmat beliau kelmarin.


Dua orang Ketua Balai iaitu ASP Khairul Nizam Anwar, Ketua Polis Balai Wangsa Maju dan Inspektor Rudy dari Balai Polis Setapak hadir dalam sesi dialog itu.


Menurut ASP Khairul, kadar jenayah di kawasan Wangsa Maju didapati berkurangan sedikit berbanding 2019 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghadkan pergerakan penduduk baru-baru ini.


"Untuk pentadbiran Balai Polis Wangsa Maju kita dapat lihat statistik sehingga November 2020. Berbanding 2019, kita lihat pengurangan sebanyak 34.7% kes jenayah. Ini mungkin disebabkan PKPP yang telah hampir setahun dijalankan. Itu kesan PKPP. Mungkin orang tak bekerja duduk di rumah. Kes ada tetapi kurang," katanya.


Bagaimanapun bagi Balai Polis Setapak pula statistik menunjukkan berlaku sedikit peningkatan kes jenayah.


"Indek jenayah bagi kawasan setapak tahun 2019 untuk kegiatan samun, termasuk samun ragut lebih kurang 87 kes, pada tahun 2020 83 kes, samun ragut tepi jalan 35 kes 2019, manakala 2020 33 kes. Pecah rumah 63 kes, 2020 70 kes. Curi kenderaan 60 kes 2020 70 kes," kata Inspektor Rudy.


Di dalam dialog itu penduduk menimbulkan rungutan mengenai rondaan polis perlu dikerapkan di kawasan-kawasan tertentu, mat rempit berkeliaran di kawasan jalan tertentu, aktiviti tidak bermoral dan beberapa isu lain.


Pihak polis menasihatkan agar orang ramai sentiasa bekerjasama untuk mencegah jenayah pada masa hadapan.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page