top of page

Ahli Parlimen Wangsa Maju agih bantuan awal IPT




Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan mengagihkan bantuan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan untuk 16 penerima Skim Bantuan Awal IPT, semalam.


Dalam ucapannya Zahir memuji Yayasan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan sejak 1986 telah banyak membantu warga memerlukan dengan pelbagai jenis bantuan kepada golongan yang layak.


"Majlis hari ini semata mata penyerahan cek tetapi kita juga menghidupkan satu keyakinan bahawa sumbangan yang mampan boleh membawa masa depan yang lebih cerah dan ia wajar dilipatgandakan pada masa akan datang


"Kita ucapkan terima kasih kepada Yayasan Wilayah yang memberi bantuan pelbagai bentuk. Cuma hari ini cek disampaikan untuk bantuan pendidikan anak anak, khusus di Wangsa Maju," katanya.


Beliau juga mengucapkan syabas kepada anak anak cemerlang di parlimen diwakilinya yang berjaya mendapatkan bantuan yayasan berkenaan setelah proses saringan


"Bagi pelajar tahniah dan syabas anda telah terpilih. Ia satu perkara yang istimewa kepada anda sekalian.


"Yang mengambil SPM lebih 400,000 seluruh negara dan anda terpilih melanjutkan pelajaran maka ambillah kesempatan ini sebagai kesempatan keemasan. Tumpu pelajaran dan penuhi tanggungjawab kita," katanya.


Zahir turut menggalakkan lebih banyak bantuan daripada yayasan tersebut kepada golongan memerlukan terutama B40 yang menghadapi kesulitan dalam mengharungi kenaikan kos kehidupan dan kemungkinnan kemeleseten ekonomi global pada tahun ini.


Penerima Skim Bantuan Awal IPT menerima wang tunai RM1,500 secara one off.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page