top of page

Ahli Parlimen Tangga Batu tinjau proses pemberian vaksin

Updated: Jul 22, 2021


Ahli Parimen Tangga Batu, Rusnah Aluai meninjau perjalanan proses pemberian vaksin Covid 19 di kawasan beliau, baru-baru ini.


Menurut beliau, ketiga-tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Tangga Batu tersebut banyak mencatat penerima vaksin dari luar kawasan berkenaan.


“Mungkin ada sebab Kementerian Kesihatan Malaysia mengatur sedemikian, namun adalah lebih wajar penerima-penerima dapat menerimanya di PPV kawasan sendiri,” katanya.


Justeru beliau mencadangkan agar pemberian vaksin dapat dilakukan di komuniti masing-masing bagi menjimat masa, tenaga dan lebih mudah.


Rusnah berharap program pemberian vaksin itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa.


Beliau yang merupakan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Tangga Batu turut mengucapkan terima kasih kepada para doktor, jururawat bertugas, para sukarelawan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan proses vaksinasi di Parlimen Tangga Batu.


Turut bersama melawat PPV di Tanjung Minyak ialah Pengerusi KEADILAN Melaka, Datuk Halim Bachik. Diiringi Datuk Mohamed Batcha, Ustaz Haliman Sidek dan beberapa pimpinan KEADILAN tempatan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page