top of page

Ahli Parlimen Sg Petani ziarah kematian aktivis KEADILAN Kulim

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 15, 2022
  • 1 min read


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bersama Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam menziarahi kematian mendiang Lim Boon Lang.


Mendiang yang meninggal dunia akibat sakit jantung dan jangkitan paru paru merupakan aktivis yang banyak membantu KEADILAN Cabang Kulim sejak belasan tahun lalu.


"Mendiang Lim Boon Lang, merupakan aktivis awal dan cukup aktif serta banyak membantu dalam KEADILAN Cabang Kulim.


"Semoga keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang," kata Johari.



Menyatakan takziah kepada keluarga mendiang

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page