Ahli Parlimen Sg Petani rasmikan Hari Keluarga Kelab Honda HCCOM



Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul baru baru ini merasmikan "Majlis Hari Keluarga Permotoran Kelab Honda HCCOM & Kelab Wira" yang diadakan di Pantai Merdeka.


Menurutnya, beliau teruja melihat begitu banyak ahli Kelab Honda dan Wira bersama ahli keluarga mereka yang datang dari segenap pelusuk negara ke Kedah.


"Saya teruja melihatkan penyertaan yang begitu ramai dari pelbagai latar belakang samada mereka yang telah berkeluarga mahu pun anak-anak muda yang begitu meminati aktiviti permotoran dari serata pelusuk negeri Kedah dan negeri-negeri lainnya seperti Perlis dan Pulau Pinang.


"Saya amat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan mereka semua ke Sungai Petani," katanya.


Johari berharap aktiviti seperti itu bukan sahaja tertumpu kepada hobi terhadap dunia permotoran tetapi menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim sesama anggota kelab.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER