top of page

Ahli Parlimen Sg Petani lawat sekolah, masjid perlu pembaikan



Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kelmarin melawat beberapa buah sekolah dan masjid yang perlukan peruntukan pembaikan struktur.


Beliau melawat ke beberapa buah premis termasuk masjid khariah Pokok Asam di Pinang Tunggal, Masjid Pulau Sepom Tikam Batu, Sekolah Kebangsaan Simpor, Sekolah Kebangsaan Tikam Batu, Sekolah Kebangsaan Seri Kuala dan Masjid Kuala Sungai Muda.


"Antara yang diperlukan untuk membina ruang tambahan bahagian dapur masjid, baiki pagar masjid, permohonan bagi pembinaan menara masjid, membaikpulih pintu-pintu kelas dan tandas yang rosak di sekolah, permohonan bagi dapatkan penghawa dingin untuk kegunaan pelajar makmal sains dan beberapa perkara lainnya.


"Pihak saya bersama Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani akan meneliti tiap permohonan dan akan menyalurkan segera sejumlah peruntukan bagi tujuan ini," katanya.



Datuk Johari melawat kerosakan struktur yang perlukan pembaikan


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page