top of page

Ahli Parlimen Sg Petani lawat kolej penerbangan UniCAM



UniCAM, kolej universiti penerbangan tertua di Malaysia menerima kunjungan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul baru baru ini.


Menurut Johari, lawatan ke University College of Aviation Malaysia itu merupakan timbal balas terhadap kunjungan dilakukan oleh pihak pengurusan UniCAM ke Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani sebelumnya.


"Pada sesi lawatan tersebut, saya dibawa meninjau keadaan serta suasana kolej universiti termasuk diberikan peluang untuk mencuba sendiri simulasi penerbangan dan juga dibawa melawat ke dalam kabin.


"Cukup mengkagumkan melihat institusi pengajian tersebut yang lengkap dengan pelbagai kemudahan terkini dan seiring dengan teknologi muktahir.


"Saya juga mengambil peluang yang ada untuk memberikan motivasi serta kata-kata semangat kepada para pelajar, kakitangan serta pihak pengurusan UniCAM untuk bersama-sama membina prospek kerjaya penerbangan agar terus cemerlang pada masa hadapan," katanya.


Menurut Johari yang juga Jurucakap KEADILAN bagi Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, lawatan itu membuka jalan bagi kerjasama masa hadapan antara Parlimen Sungai Petani dan UniCAM


"InshaAllah, pihak UniCAM dan Parlimen Sungai Petani akan menjalinkan kerjasama strategik yang erat khususnya bagi membantu anak-anak muda daripada golongan B40 serta berpendapatan rendah bagi menjamin masa depan lebih baik," katanya lagi.


UniCAM merupakan kolej universiti penerbangan yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia yang mula beroperasi pada 21 Mei 2007.


Institut pengajian tinggi swasta yang terletak di Dengkil, Selangor ini diterajui oleh Kapten Ab Manan Mansor (bekas juruterbang TUDM) selaku Pengerusi dan isteri beliau, Puan Salina Ahmad sebagai Penasihat.


Memegang serta berbekalkan moto "Be A Professional To Greater Heights", UniCAM telah berjaya melahirkan ramai graduan dari seluruh dunia terutamanya dalam bidang penerbangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page