Ahli Parlimen Sg Petani lawat jabatan dibina era pentadbiran PH



Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul melawat beberapa projek pembangunan yang sedang dirancang dan yang telah diluluskan pada ketika Pakatan Harapan memerintah Kedah selama 2 tahun.


Beliau melawat sekitar DUN Sidam dan meninjau jambatan baru Pantai Prai yang dibina pada era PH memerintah.


"Saya meninjau jambatan baru Pantai Prai yang kini telah siap dan menjadi laluan utama orang ramai khususnya penduduk sekitar.

"Sebelum ini, keadaan jambatan asal yang berdekatan begitu uzur dan mengalami banyak kerosakan teruk, juga begitu membahayakan untuk dilalui.


"Alhamdulillah, semasa pentadbiran Pakatan Harapan, usaha bagi membina jambatan baru ini telah berjaya dilaksanakan," katanya.


Menurut Johari lagi, Jambatan sepanjang 100 meter itu menghubungkan antara Kampung Pantai Prai dan Kampung Terat Batu.


Jambatan tersebut menjadi laluan penghubung yang memendekkan masa serta jarak perjalanan para pengguna khususnya kalangan para pekerja sektor industri, pelajar, petani dan orang ramai lainnya untuk ke Padang Serai atau Kulim.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER