Ahli Parlimen Sg Petani bersama Pengakap Kedah tonton filem Mat Kilau



Filem "Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan" yang menjadi fenomena kebelakangan ini tidak dilepaskan peluang oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul untuk menonton bersama Pengakap Kelana Negeri Kedah di GSC Central Square, Sungai Petani, baru baru ini.


"Filem yang bertemakan sejarah perjuangan ini diharap akan memantapkan jati diri di samping mendedahkan para Pengakap Kelana Negeri Kedah mengenai semangat perjuangan yang harus dikekalkan di samping mewujudkan kesedaran dan menyuntik semangat agar tidak mengulangi kesilapan lampau, dengan memperbaiki keadaan yang ada untuk menempa kejayaan dan kegemilangan sebenar di masa depan.



Pengakap Kelana Negeri Kedah teruja menonton filem sejarah Melayu bertaraf dunia


"Terima kasih diucapkan kepada Pengakap Kelana Negeri Kedah atas kesudian bersama-sama meluangkan masa menonton serta menghayati filem bertema sejarah ini.


"Orang Melayu mulia bukan kerana adat, kesultanan atau budaya. Tetapi mulia kerana akidah dan ketakwaan kepada Allah,” kata Johari.


Filem Mat Kilau yang mengisahkan perjuangan pahlawan Pahang menentang penjajah British dalam isu cukai dan melawan penindasan telah mencatat kutipan RM80 juta dalam 25 hari. Mat Kilau memecah rekod kutipan dalam tayangan filem Melayu di pawagam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER