Ahli Parlimen selesai diberi vaksin, bilakah sidang Parlimen akan dibuka?



Dalih terdapat banyak warga emas menjadi anggota Parlimen dan merisikokan kesihatan mereka dijangkiti virus Covid 19 tidak lagi relevan selepas hampir kesemua Ahli Parlimen disuntik vaksin dos kedua pada pertengahan April ini.


Bagi Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, tanpa alasan yang munasabah untuk terus menggantung Parlimen, maka lebih baik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengikut sahaja nasihat Yang di-Pertuan Agong yang membenarkan persidangan dijalankan sewaktu darurat.


"Saya bercakap dengan banyak Ahli Parlimen dan majoritinya berkata telah menerima vaksinasi dos ke 2. Saya adalah beberapa Ahli Parlimen terakhir yang mendapat vaksin.


"Oleh itu, adalah selamat untuk mengatakan, menjelang 16 April, lebih daripada 90% anggota Parlimen telah mencapai kekebalan dan Parlimen dianggap selamat untuk dibuka semula.


"Justeru, saya mendesak Perdana Menteri untuk mengikuti nasihat Agong mengadakan persidangan Parlimen secepat mungkin. Tidak ada alasan yang baik untuk terus menggantung Parlimen lagi.


"Tan Sri Muhyiddin, sudah tiba masanya menghadapi dan menjawab semua (soalan) Ahli Parlimen yang dipilih secara demokratik," kata Sim dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menggesa rakyat agar segera mendaftar untuk mengambil vaksin memandangkan proses pendaftaran masih perlahan sejak sebulan lalu.


Beliau membawakan kisah saudara terdekatnya yang menetap di Amerika Syarikat (AS) murung menghadapi ketidaktentuan keadaan akibat jangkitan Covid 19 yang terlalu tinggi di sana dan proses vaksinasi yang lambat memandangkan saiz populasi di negara itu.


"Dua minggu lalu, saya membuat panggilan zoom dengan saudara terdekat yang tinggal di AS. Dia murung menghadapi Covid-19 sejak November 2020 yang tidak menentu selama berbulan-bulan lamanya.


"Saya sangat berharap (kita di Malaysia) tidak akan mengalami nasib yang sama seperti ahli keluarga saya.


"Oleh itu, saya minta semua yang belum mendaftar segeralah mendaftarkan diri di MySejahtera


"Pada zaman ini, vaksinasi adalah anugerah yang sangat baik bagi umat manusia. Ia melindungi kehidupan kita dan orang lain. Yang paling mustahak adalah, kita mendapatkan kembali kebebasan dan kehidupan normal, biar pun masih perlu memakai pelitup muka dan penjarakkan sosial (buat sementara waktu)," katanya lagi.


Sim telah mengambil dos pertama vaksin Covid pada 19 Mac lalu dan dos kedua pada 9 April.


Katanya, menjelang 16 April, iaitu selepas 28 hari dos pertama, beliau diberitahu akan mendapat imuniti sepenuhnya daripada jangkitan Covid 19.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER