top of page

Ahli Parlimen Sekijang sumbang misi bantuan banjir ke Pahang

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jan 2, 2022
1 min read


Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, baru baru ini menganjurkan misi bantuan banjir ke Pahang dengan kerjasama Unit Tindakan Khas Sekijang.


Menurut kenyataan Pejabat Parlimen Sekijang, bantuan tersebut ditumpukan ke kawasan Kampung Batu Kapor, Mentakab, Pahang.


"Bantuan yang diberi berupa kerja kerja pembersihan, memberi sumbangan makanan kering, pakaian, alat-alat keperluan peribadi, tuala, lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan orang dewasa, air minuman dan berbagai alat keperluan untuk mangsa-mangsa banjir


"Sebuah lori 3 ton dan 3 kenderaan Pacuan 4 Roda telah digunakan untuk misi ini," kata kenyataan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page