top of page

Ahli Parlimen Sekijang agih bakul makanan kepada penduduk memerlukan


Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail (gambar, kiri sekali) terus mengagihkan bakul makanan kepada pemastautin di kawasan Parlimen Sekijang yang sangat memerlukan akibat terkesan pandemik Covid 19.


Menurut beliau, semua penduduk dibantu tanpa mengira bangsa, agama atau ideologi politik.


"Dari golongan miskin tegar, B40, yang sakit berpanjangan, OKU, ibu tunggal menanggung anak-anak kecil atau yang masih bersekolah kita bantu. Ada golongan yang tidak mendapat apa-apa bantuan makanan daripada lain pihak, mereka adalah prioriti kami dalam mengagih bakul makanan ini.


"Kami juga menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 17 pemandu teksi yang tinggal di dalam kawasan Parlimen Sekijang.

"Pendapatan harian mereka turut terjejas sewaktu pandemik Covid-19 serta pelaksanaan PKP dan PKPB. Terima kasih kerana sudi menerima sumbangan ini," katanya.


Beliau berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban. Katanya pihak Parlimen Sekijang juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi memberikan bantuan kepada ramai lagi penduduk di kawasan berkenaan yang masih belum mendapat bantuan makanan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page