top of page

Ahli Parlimen PN ditawar habuan sokong kerajaan tidak berasas



Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil menolak dakwaan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) ditawarkan projek di kawasan mereka sebagai imbuhan kepada sokongan terhadap kerajaan.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) berkata, tiada keperluan untuk Kerajaan Perpaduan menawarkan sebarang projek untuk mendapatkan sokongan seperti yang didakwa kedua-dua mereka.


Apa lagi jelasnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan pada waktu ini adalah cukup kukuh dan mencecah 149 Ahli Parlimen.


"Malah Perdana Menteri telah jelaskan di Parlimen bahawa beliau langsung tidak bertemu dengan dua Ahli Parlimen PN yang telah umum sokongan kepada beliau baru-baru ini," katanya dalam kenyataan.


Fahmi berkata begitu sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada satu sidang media pada Jumaat kononnya beberapa ahli Parlimen mendakwa menerima tawaran projek dan jawatan GLC menerusi beberapa kaedah termasuk panggilan telefon, WhatsApp dan e-mel.


Dalam isu peruntukan parlimen, Fahmi menyarankan agar pembangkang tidak terus angkuh untuk tidak mengadakan rundingan dengan kerajaan bagi menyelesaikan isu tersebut.


"Pakatan Harapan juga pernah duduk berunding dan akhirnya yang menang ialah rakyat.


"PN tidak hilang maruah atau martabat mereka menjadi rendah jika duduk berunding seperti disarankan Perdana Menteri," tegasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page