Ahli Parlimen PH, pembangkang bertemu di Parlimen Isnin depan



Mesyuarat berkala Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) petang tadi berjalan lancar dan mengambil beberapa keputusan penting.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan seusai mesyuarat tersebut terdapat beberapa perkara utama akan dilaksanakan oleh PH pada minggu-minggu berikutnya.


"Ahli-Ahli Parlimen PH bersetuju untuk hadir ke taklimat berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada hari Isnin, 22 Mac.


"Ahli-Ahli Parlimen PH dan pembangkang juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang di Parlimen pada hari Isnin.


"Pertemuan itu akan menyaksikan pembentangan serta perbincangan berkenaan isu vaksin, ekonomi, isu-isu semasa serta menegaskan bahawasanya Parlimen boleh dan perlu bersidang tatkala Darurat berkuatkuasa.


"Satu pertemuan tertutup turut akan diadakan di antara Majlis Presiden dan wakil-wakil kedutaan asing pada 24 Mac 2021," kata kenyataan berkenaan.


Sementara itu, Majlis Presiden PH juga mengumumkan pelantikan Chong Eng dari DAP sebagai Ketua Wanita PH yang baharu.


Untuk rekod, pertemuan pemimpin PH dengan wakil-wakil kedutaan asing sebelum ini berlaku pada Januari 2018, iaitu bertemu wakil-wakil daripada Kesatuan Eropah (EU), sebelum gabungan itu menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum, Mei 2018.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER