
Ahli ahli Parlimen Pembangkang menuntut ditubuhkan Jawatankuasa Siasatan Khas berhubung peristiwa banjir luar biasa pada pertengahan Disember lalu.
Menurut mereka, peristiwa banjir tersebut menyerlahkan ketidak sediaan Kerajaan Persekutuan dalam menghadapi malapetaka dan memberi arahan operasi evakuasi apabila air banjir mulai mencecah paras bahaya.
Ketidaksediaan tersebut, menurut mereka adalah membingungkan kerana kerajaan mempunyai pasukan tentera, bomba dan polis yang sebelum ini memang sentiasa dikerah menghadapi bencana banjir.
"Sungguh mendukacitakan 46 nyawa telah terkorban di Selangor dan Pahang setakat ini kerana ketidakberkesanan dan sikap Kerajaan Persekutuan yang tidak berdaya.
"Terdapat juga masalah komunikasi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani misi mencari dan menyelamat, dengan media melaporkan angkatan tentera mengerahkan diri mereka sendiri, oleh kerana air banjir telah terlalu tinggi untuk terus menunggu arahan daripada pihak atasan.
"Ini membimbangkan rakyat kerana daripada menyelamatkan nyawa, Kerajaan Persekutuan memilih untuk bermain politik kecil.
"Terdapat 32 menteri dalam kabinet Ismail Sabri tetapi bukannya mengerahkan diri mereka untuk membantu rakyat, mereka sebaliknya berpura-pura "membantu" untuk peluang bergambar," kata mereka dalam kenyataan hari ini.
Oleh kerana banjir telah pun suruh, menurut kenyataan itu lagi, sekarang adalah waktu yang sesuai untuk dilakukan kajian terperinci dan meneliti semua syor syor yang dikemukakan oleh pelbagai badan serta individu profesional mengenai malapetaka tersebut
Selain itu, Ahli ahli Parlimen Pembangkang juga menuntut Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan banjir bandang berkenaan sebagai bencana negara dan memudahkan lebih banyak bantuan dalam bentuk kewangan disumbang kepada rakyat.
"Kami bersetuju dengan beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY) dan juga sekumpulan 44 masyarakat awam dan individu lainnya
"Kerajaan perlu mengisytiharkan bencana banjir sebagai bencana negara.
"Kerajaan juga harus memulakan dasar pro-iklim seperti pelan penyesuaian nasional, pelan pengurangan risiko bencana dan mendesak pendakwaan yang lebih tinggi bagi mereka yang menyumbang kepada perubahan iklim seperti penebangan hutan.
"Dalam pelan berkenaan Kerajaan Persekutuan harus melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk ahli pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil untuk membangunkan pelan holistik mengurangkan bencana serta kesan alam sekitar bergerak ke hadapan," kata mereka.
Gabungan Ahli Parlimen Pembangkang itu juga menuntut satu Jawatankuasa Siasatan Khas peringkat nasional ditubuhkan bagi menyiasat kecuaian yang berlaku sepanjang malapetakan 18 hingga 21 Disember lalu
"Sebagai Ahli Parlimen kami menuntut supaya dibentuk suruhanjaya khas untuk menyiasat pengurusan banjir dan laporannya mesti dibentangkan di Parlimen," kata mereka lagi.
Sebanyak 77 Ahli Parlimen menyokong penubuhan jawatankuasa penyiasatan berkenaan:
1) Port Dickson, Ketua Pembangkang
2) Kuantan
3) Seputeh
4) Sekijang
5) Beruas
6) Lanang
7) Bukit Bendera
8) Muar
9) Kepong
10) Pokok Sena
11) Bukit Bintang
12) Rasah
13) Simpang Renggam
14) Klang
15) Lembah Pantai
16) Sungai Buloh
17) Cheras
18) Jelutong
19) Labis
20) Kota Melaka
21) Kluang
22) Batu Kawan
23) Labuan
24) Kalabakan
25) Bakri
26) Kota Kinabalu
27) Pulai
28) Padang Serai
29) Bayan Baru
30) Setiawangsa
31) Iskandar Puteri
32) Sungai Petani
33) Seremban
34) Kulai
35) Tanjong
36) Ipoh Timor
37) Sandakan
38) Kampar
39) Kuala Kedah
40) Kota Raja
41) Batu Gajah
42) Bandar Kuching
43) Sibu
44) Tampin
45) Lumut
46) Ipoh Barat
47) Selayang
48) Pandan
49) Sungai Siput
50) Wangsa Maju
51) Petaling Jaya
52) Bagan
53) Taiping
54) Tuaran
55) Ledang
56) Sarikei
57) Teluk Intan
58) Raub
59) Damansara
60) Shah Alam
61) Segambut
62) Stampin
63) Permatang Pauh
64) Tanjung Malim
65) Subang
66) Alor Setar
67) Hulu Selangor
68) Selayang
69) Johor Bahru
70) Tangga Batu
71) Merbok
72) Kapar
73) Balik Pulau
74) Batu
75) Pasir Gudang
76) Puchong
77) Hang Tuah Jaya
Comments