top of page

Ahli Parlimen pembangkang perlu berkualiti, buat kajian sebelum berbahas

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 1, 2023
  • 2 min read


Sikap Ahli Parlimen Pembangkang yang secara semberono mengkritik dan menimbulkan perdebatan tanpa hala tuju di parlimen dikritik banyak pihak.


Bagi mantan Ahli Parlimen Kapar, Manivannan Gowind, kualiti Ahli Parlimen pembangkang khususnya dari Perikatan Nasional pada waktu ini agak dipertikaikan berbanding sewaktu Pakatan Harapan bergelar pembangkang dahulu.


Katanya, Ahli Parlimen PN tidak melakukan kajian sebelum berbahas dan sering tersasar dalam perbahasan.


"Sebagai pembangkang (PN) memainkan peranan semak imbang untuk kerajaan yang sedang memimpin negara.


"Maksudnya mereka perlu memastikan kerajaan berjalan dan melakukan tugasan mereka dengan teratur, tersusun tanpa kepincangan atau kekurangan.


"Untuk memastikan Ahli Parlimen pembangkang memainkan peranan semak imbang ia bukan sekadar menghadiri sesi parlimen, bising bising tanya soalan macam itu sahaja. Ia adalah satu tugas yang sama berat macam kerajaan semasa atau Ahli Parlimen daripada kerajaan semasa (yang mencadangkan undang undang)," katanya.


Tambah beliau, Ahli Parlimen kerajaan semasa perlu memastikan Dewan Rakyat digunakan untuk menerangkan sebarang polisi yang sedang dikemukakan oleh kerajaan. Manakala Ahli Parlimen pembangkang pula wajar memastikan bahawa mereka menyoal polisi tersebut supaya dikemaskini dengan cara terbaik.


"Mereka juga kena bawa polisi yang mereka rasa sesuai. Jadi untuk melakukan benda ini semua, mengkritik satu polisi dan mencadangkan suatu polisi baharu, ia bukan semudah menyoal begitu sahaja.


"Ahli Parlimen pembangkang perlu lakukan kajian, semakan, perlu membaca dahulu. Tabiat buat research amat penting


"Semasa saya Ahli Parlimen ada RUU nak dibentang, belanjawan, peruntukan nak disoal, kita buat kajian dahulu. Semak, baca. Kita pastikan adakah benda itu selaras. Ada kalanya berkaitan polisi kita buat perbandingan dengan polisi luar negara. Kita syorkan polisi ini perlu diperbaiki. Bukan sahaja datang berpolemik, main politik, ia lebih daripada itu," katanya.


Menurut ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu, amat bagus sekiranya Ahli Parlimen pembangkang mampu membuat kerajaan merobah polisi atau memperbaiki RUU yang sedang dibentangkan sebagaimana beliau pernah lakukan sewaktu bergelar Ahli Parlimen dahulu.


"Semasa saya jadi pembangkang tiap kali hadir di parlimen saya pastikan RUU itu saya tahu apa yang dibicarakan.


"Pelbagai polisi yang saya cabar, (kemudian) saya nampak kerajaan ketika itu ubah polisi mereka atau terima cadangan saya. Ada juga yang dibawa ke kabinet (cadangan). Itulah bila (Ahli Parlimen) main peranan secara holistik," katanya lagi.


Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page